Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Sunday 11 January 2015

Pisau koleksi peribadi ukiran bunga


Ukiran motif bunga timbul
Inilah pisau lapah pertama yang berada dalam koleksi penulis. Kayu yang digunakan untuk membuat sarung dibeli daripada seorang penjual di pahang.

Bahagian hadapan sarung mempunyai ukiran berbentuk bunga dan daun.
Panjangnya pisau lapah ini lebih kurang 6 inci. Mata pisau daripada besi spring, buatan tukang Terengganu.

Lubang tali dibawah ukiran bunga

Ukiran bunga dan daun timbul cukup halus dan berseni.

Turut kelihatan lubang untuk tali penyangkut yang berada betul-betul di bawah kelopak bunga.

Kosong dibahagian belakang
Temin menggunakan tembaga
Bahagian belakang sarung dibiarkan kosong tanpa sebarang uki

Bahagian temin pisau (antara hulu dan mata pisau) menggunakan tembaga.

Sementara bahagian belakang dibiarkan kosong tanpa sebarang ukiran. Titik hitam pada kayu ialah tempat terdapatnya duri pada kayu tersebut.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan pisau atau parang, sila hubungi penulis di talian 017-6277146 (Mohd Adzikri)