Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Wednesday 6 October 2021

Cenderahati Keris Tukang Terengganu

 

 


Keterangan: 

(Kod item: C 02)

Cenderahati keris buatan tangan daripada tukang terengganu untuk dijual (seperti dalam gambar) 
Keris diperbuat daripada tembaga bersadur warna emas
Kotak telus cahaya daripada plastik
Tapak kayu warna coklat yang cantik dan elegan
Hasil kraftangan yang cantik. Sesuai untuk dijadikan cenderahati kenang-kenangan atau majlis rasmi

Harga                               : RM 180 (termasuk kos penghantaran)
Panjang                            :  6 1/2 inci
Lebar                               :  6 1/2 inci
Tinggi                              :  6 inci
Penghantaran                   : RM 8 (Semenanjung Malaysia)
                                         : RM10 (Sabah / Sarawak)

Untuk tempahan/pertanyaan, sila hubungi 017-6277146 (Mohd Adzikri)

#jomsokongproduktempatan
#keriswarisanbangsa
#kraftangantukangterengganu

Sunday 19 April 2020

Covid-19: Situasi di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.

       Artikel ini ditulis ketika negara kita Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekoran wabak Covid -19 yang sedang melanda. PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 kini telah dilanjutkan ke fasa ketiga sehingga 28 April 2020. Bukan negara kita sahaja, bahkan banyak lagi negara lain di dunia juga melakukan perintah kawalan pergerakan atau perintah berkurung bagi membendung wabak yang sedang melanda ketika ini. Masa lapang yang ada telah memberi ruang kepada penulis untuk mengemaskini blog ini. 

       Sebaik sahaja pengumuman PKP dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang ramai pada mulanya agak keliru tentang situasi ini. Adakah PKP ini sama seperti perintah berkurung yang telah dilakukan oleh negara lain seperti negara China atau Itali? Adakah semua jenis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi?  Adakah situasi ini dikira darurat? ada sebahagian masyarakat yang menyerbu pasaraya bagi membeli barangan keperluan bagi kegunaan sepanjang 2 minggu PKP ini (fasa pertama PKP bermula 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020). Manakala sebahagian pula masyarakat yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur mula mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. 

       Dalam masa yang sama, pihak kerajaan mengadakan sidang media pada setiap hari bagi memberi penjelasan dan penyelesaian mengenai situasi semasa. Pelbagai bantuan dan inisiatif diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan situasi semasa. Pihak-pihak swasta dan NGO juga turut serta menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan situasi ini. Anggota kesihatan dan keselamatan bertugas siang dan malam bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

       Kini telah masuk minggu keempat rakyat Malaysia menjalani tempoh PKP. Suatu tempoh yang telah merubah keseluruhan landskap kehidupan rakyat Malaysia. Sebarang aktiviti yang melibatkan perkumpulan orang ramai tidak dibenarkan. Bahkan orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sekolah dan pusat pengajian ditutup. Begitu juga dengan aktiviti sukan, keagamaan, majlis perkahwinan dan seumpamanya. Kebanyakan premis perniagaan dan pejabat kerajaan ditutup kecuali yang melibatkan perkhidmatan penting seperti makanan, bahan api, air, elektrik, telekomunikasi dan seumpamanya. Bagi umat islam pula, bulan Ramadhan tahun ini yang akan bermula pada 24 April 2020, tiba sewaktu negara masih dalam keadaan kawalan pergerakan. Aktiviti bazar ramadhan dan solat terawih tidak dibenarkan. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

       Apa yang sedang berlaku kini merupakan suatu catatan sejarah yang tidak mudah untuk dilupakan. Makluman awal yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, selepas tempoh PKP ini, rakyat perlu membiasakan diri dengan situasi sekarang kerana kemungkinan besar pihak kerajaan akan terus mengenakan sekatan-sekatan tertentu bagi memastikan wabak Covid-19 ini dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Sekian, Wallahu a'lam.  

Sunday 5 April 2020

Ayat Pembuka

Di dalam latihan silat, salah satu 'ayat pembuka' yang sering diamalkan sebelum memulakan sesuatu latihan ialah dengan membaca surah Al-Fatihah, diikuti dengan doa membuka gelanggang. Bacaan ini biasanya dibaca secara serentak sama ada secara kuat atau perlahan. 

Mengikut pelajaran gelanggang yang diajar di dalam PSGLM, bacaan Surah Al-Fatihah yang dibaca tersebut diniatkan kepada tiga orang iaitu :
1. Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat,
2. Ibu bapa
3. Guru-guru (sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia)

Kelas latihan silat merupakan salah satu daripada majlis ilmu kerana di dalamnya diajar ilmu mempertahankan diri yang mana ilmu ini sangat penting bagi orang islam dan melayu terutamnya  bagi menjaga agama, negara, keluarga serta diri sendiri. Selain itu, ilmu silat juga dapat meningkatkan tahap keyakinan seseorang dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar. Kelas latihan silat juga dapat membentuk peribadi seseorang ke arah yang lebih positif selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat. 

Memulakan sesuatu majlis ilmu dengan bacaan surah Al-fatihah adalah sesuatu yang selari dengan ajaran islam. Dengan menjaga batas-batas agama sepanjang sesi latihan dijalankan, diharapkan semua yang mengikuti latihan tersebut mendapat rahmat daripada Allah S.W.T dan dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini. 

Ilmu persilatan serta segala amalan yang terdapat di dalamnya merupakan warisan turun-temurun daripada nenek moyang bangsa melayu. Amatlah rugi bagi orang melayu sekiranya tidak mempelajari warisan turun temurun tersebut kerana di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan petua yang boleh dipelajari dan diamalkan. Janganlah kita memandang rendah ilmu persilatan ini apatah lagi mengagungkan seni mempertahankan diri lain yang mana terdapat sesetengahnya tidak selari dengan ajaran islam.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Wallahu a'lam.. 


Wednesday 18 January 2017

Persembahan silat

Persembahan silat menyambut ketibaan VIP
Silat merupakan seni mempertahankan diri yang sering dimainkan sewaktu majlis perkahwinan masyarakat melayu ataupun majlis-majlis rasmi tertentu. Kebiasaannya persembahan tersebut akan diiringi oleh muzik gendang silat.

Pelbagai kaedah persembahan silat yang boleh dimainkan mengikut silibus PSGLM iaitu persembahan silat pulut, sembah perguruan, silat tari secara solo (berseorangan), tempur tangan kosong, tempur bersenjata (parang, keris, tongkat, dll.) dan tempur lebih dari seorang (2 lawan 1, 3 lawan 1, dan sebagainya).

Tempur tangan kosong
Silat seni / Silat pulut
Antara kaedah persembahan yang biasa dimainkan ialah silat pulut. Melalui kaedah ini, dua orang pesilat akan melakukan gerak serang dan bela secara spontan  dalam gerak yang perlahan dengan menggunakan isyarat-isyarat yang tertentu. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, gerak serangan dan belaan akan bertukar menjadi laju. Pelbagai unsur dimasukkan dalam persembahan ini termasuklah unsur lawak jenaka. Kretiviti kedua-dua pesilat amatlah penting dalam menghidupkan persembahan ini. Kebiasaanya persembahan ini imainkan oleh pesilat senior.
 
Persembaha bersenjata

Bagi pesilat baru, kaedah persembahan yang biasa dimainkan ialah tempur tangan kosong dan sembah perguruan. Pasukan silat PSGLM sangat aktif melakukan persembahan silat di sekitar daerah Jerantut dan Temerloh.

Sebarang tempahan untuk persembahan silat boleh berhubung dengan pihak PSGLM di alamat B5, Arked MARA, 27000 Jerantut, Pahang.

Friday 16 September 2016

Buat yang disuruh....

Salah satu falsafah silat yang saya pelajari ketika berguru dengan Pendekar Tabib Hj. Zakaria Hj. Uteh (Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia) di Jerantut, Pahang ialah:

"Buat yang disuruh,
Tinggal yang ditegah".

Apa-apa yang disuruh oleh agama (islam), kita buat. Apa-apa yang ditegah oleh agama, kita tinggalkan. Tidak perlu banyak bertanya atau beralasan untuk membuat atau meninggalkan kerana kadang-kadang akal manusia tidak sampai untuk memikirkan hikmah dan kesan disebalik suruhan dan larangan dalam agama.

Begitu juga halnya dengan bidang persilatan. Selagi mana suruhan dan tegahan oleh guru silat tidak bercanggah dengan agama islam hendaklah dipatuhi tanpa banyak persoalan. Itulah adab orang berguru.

Sesungguhnya guru-guru silat ini banyak petuanya. Mereka telah sekian lama berkecimpung dalam bidang silat. Pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuhi sebelum mereka bergelar guru utama sesebuah pertubuhan. Maka, amat wajarlah bagi penuntut ilmu silat untuk menuruti suruhan dan larangan yang diberi oleh guru tersebut demi kebaikan diri pesilat dan pertubuhan silat amnya.
 
Wallahu'alam..

Saturday 3 October 2015

Keris Mahar 7 Lok koleksi peribadi




Keterangan:

(Kod item: K 711)
Keris Mahar

Panjang Bilah                            : 9 inci
Panjang Keseluruhan                : 12 inci
Pendokok                                 : Cast Iron
Sarung                                      : Kemuning
Tukang                                     : Kelantan

Tuesday 7 April 2015

GST

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada pelanggan yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa barangan yang dijual oleh Tujuh Lok Enterprise masih dikekalkan harganya seperti tahun sebelumnya dan TIADA caj GST dikenakan terhadap pelanggan.

Kesetiaan dan kepercayaan para pelanggan terhadap produk Tujuh Lok Enterprise sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



Mohd Adzikri Aziz