Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Wednesday 14 January 2015

Kejohanan Pencak Silat Dunia 2015 kali ke-16, Thailand

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Persilatan

Ketika ini sedang berlangsung Kejohanan Pencak Silat Dunia Kali ke-16 yang diadakan di Phuket, Thailand. Kejohanan ini berlangsung dari 7 januari 2015 sehingga 17 januari 2015. Berikut merupakan beberapa gambar kejohanan kiriman seorang rakan yang turut serta ke kejohanan tersebut sebagai jurulatih kepada pasukan Pencak Silat Afrika Selatan (Republic of South Africa). Difahamkan ini merupakan penyertaan kali pertama daripada negara tersebut.
Sesi undian dan mesyuarat teknikal

Kejohanan kali ini disertai oleh 37* buah negara. Wow!!! Jika mengambil kira angka ini, bermakna hampir 20% daripada bilangan negara di dunia telah pun mengiktiraf pencak silat. Malaysia turut serta ke??? Hah!! Itu antara soalan yang tidak perlu ditanya. Kerana apa?? kerana negara "kuasa besar" dalam sukan ini datangya daripada rantau ASEAN. Bermakna Malaysia merupakan salah satu negara "kuasa besar" tersebut.

Majlis perasmian
Antara pesilat yang mengambil bahagian

Siapa kata silat ini sukan kampung? atau ketinggalan zaman? atau macam - macam lagi.. Masyarakat dunia semakin mengenali silat, tetapi malangnya ramai masyarakat melayu malaysia memilih seni mempertahankan diri lain untuk dipelajari. Usahlah begitu, jom kita bersilat. Sama - samalah kita kembangkan pencak silat ke seluruh dunia.

Gelanggang pertandingan

Pemandangan sekitar gelanggang pertandingan

Acara penyampaian hadiah

Acara penyampaian hadiah dilakukan secara berperingkat mengikut kategori pertandingan. Gambar di atas memaparkan acara penyampaian hadiah bagi pemenang kategori silat seni. Ketika tulisan ini dibuat, acara silat olahraga masih berlangsung.

Berita daripada rakan - rakan yang diterima, setakat ini 5 orang daripada pesilat malaysia telah pun mengesahkan tempat ke peringkat akhir acara silat olahraga. Tahniah!!! Semoga berjaya kepada kontijen Pencak Silat Malaysia.