Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Saturday 3 October 2015

Keris Mahar 7 Lok koleksi peribadi




Keterangan:

(Kod item: K 711)
Keris Mahar

Panjang Bilah                            : 9 inci
Panjang Keseluruhan                : 12 inci
Pendokok                                 : Cast Iron
Sarung                                      : Kemuning
Tukang                                     : Kelantan

Tuesday 7 April 2015

GST

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada pelanggan yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa barangan yang dijual oleh Tujuh Lok Enterprise masih dikekalkan harganya seperti tahun sebelumnya dan TIADA caj GST dikenakan terhadap pelanggan.

Kesetiaan dan kepercayaan para pelanggan terhadap produk Tujuh Lok Enterprise sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



Mohd Adzikri Aziz

Sistem Perakaunan untuk peniaga kecil dan sederhana

Sistem Akaun terbaru Simplified Business System (SBS) berkonsepkan online untuk peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.
Mudah difahami dan digunakan.






Ciri-ciri menarik :
- Harga serendah RM 49.95 sebulan
- Sistem secara online (tidak perlu install dalam komputer)
- Boleh dikendalikan di mana-mana melalui komputer / laptop / telefon (asalkan ada internet)
- Khas untuk peniaga kecil dan sederhana di Malaysia
- Sesuai untuk peniaga yang kurang pengetahuan akaun (hanya memerlukan pengetahuan akaun yang minimum)
- GST compliance
- Latihan dan bantuan disediakan

Transaksi yang boleh dilakukan oleh sistem ini ialah:
- Belian dan jualan
- Bayaran bil dan lain-lain
- Transaksi perbankan (rekod)
- Merekod dan mengawal stok barangan dan aset perniagaan
- Merekod pinjaman dan jadual pembayaran
- Laporan (Jualan, kewangan, gaji, aset)
- Lain - lain transaksi.

Sistem yang sangat berbaloi berbanding dengan harga yang ditawarkan!
Tempoh percubaan percuma selama sebulan!!!
Khidmat nasihat dan perundingan juga disediakan

Sebarang pertanyaan dan langganan, hubungi:
017-6277146 / 016-2633023 (mohd adzikri)

Sunday 8 February 2015

Keris 3 Lok koleksi peribadi





Kod : K 302

Panjang Bilah : 9 inci
Panjang Keseluruhan : 12 inci
Hulu : Patah 3 Kayu Kemuning
Sampir : Kayu Kemuning
Badan : Kayu Sena
Pamor : Tapak Gajah
Tukang : Kelantan

Wednesday 14 January 2015

Kejohanan Pencak Silat Dunia 2015 kali ke-16, Thailand

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Persilatan

Ketika ini sedang berlangsung Kejohanan Pencak Silat Dunia Kali ke-16 yang diadakan di Phuket, Thailand. Kejohanan ini berlangsung dari 7 januari 2015 sehingga 17 januari 2015. Berikut merupakan beberapa gambar kejohanan kiriman seorang rakan yang turut serta ke kejohanan tersebut sebagai jurulatih kepada pasukan Pencak Silat Afrika Selatan (Republic of South Africa). Difahamkan ini merupakan penyertaan kali pertama daripada negara tersebut.
Sesi undian dan mesyuarat teknikal

Kejohanan kali ini disertai oleh 37* buah negara. Wow!!! Jika mengambil kira angka ini, bermakna hampir 20% daripada bilangan negara di dunia telah pun mengiktiraf pencak silat. Malaysia turut serta ke??? Hah!! Itu antara soalan yang tidak perlu ditanya. Kerana apa?? kerana negara "kuasa besar" dalam sukan ini datangya daripada rantau ASEAN. Bermakna Malaysia merupakan salah satu negara "kuasa besar" tersebut.

Majlis perasmian
Antara pesilat yang mengambil bahagian

Siapa kata silat ini sukan kampung? atau ketinggalan zaman? atau macam - macam lagi.. Masyarakat dunia semakin mengenali silat, tetapi malangnya ramai masyarakat melayu malaysia memilih seni mempertahankan diri lain untuk dipelajari. Usahlah begitu, jom kita bersilat. Sama - samalah kita kembangkan pencak silat ke seluruh dunia.

Gelanggang pertandingan

Pemandangan sekitar gelanggang pertandingan

Acara penyampaian hadiah

Acara penyampaian hadiah dilakukan secara berperingkat mengikut kategori pertandingan. Gambar di atas memaparkan acara penyampaian hadiah bagi pemenang kategori silat seni. Ketika tulisan ini dibuat, acara silat olahraga masih berlangsung.

Berita daripada rakan - rakan yang diterima, setakat ini 5 orang daripada pesilat malaysia telah pun mengesahkan tempat ke peringkat akhir acara silat olahraga. Tahniah!!! Semoga berjaya kepada kontijen Pencak Silat Malaysia.

Sunday 11 January 2015

Pisau koleksi peribadi ukiran bunga


Ukiran motif bunga timbul
Inilah pisau lapah pertama yang berada dalam koleksi penulis. Kayu yang digunakan untuk membuat sarung dibeli daripada seorang penjual di pahang.

Bahagian hadapan sarung mempunyai ukiran berbentuk bunga dan daun.
Panjangnya pisau lapah ini lebih kurang 6 inci. Mata pisau daripada besi spring, buatan tukang Terengganu.

Lubang tali dibawah ukiran bunga

Ukiran bunga dan daun timbul cukup halus dan berseni.

Turut kelihatan lubang untuk tali penyangkut yang berada betul-betul di bawah kelopak bunga.

Kosong dibahagian belakang
Temin menggunakan tembaga
Bahagian belakang sarung dibiarkan kosong tanpa sebarang uki

Bahagian temin pisau (antara hulu dan mata pisau) menggunakan tembaga.

Sementara bahagian belakang dibiarkan kosong tanpa sebarang ukiran. Titik hitam pada kayu ialah tempat terdapatnya duri pada kayu tersebut.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan pisau atau parang, sila hubungi penulis di talian 017-6277146 (Mohd Adzikri)

Tuesday 6 January 2015

Hubungi Kami


www.mudah.my/7-lok
PRO Niaga Store: 7 Lok
Tujuh Lok Enterprise (CT 0016649-W)
Attn : Mohd Adzikri Aziz

Tel / Whatsapp : 017 - 6277146
        

Email : blog7lok@gmail.com

https://www.facebook.com/tujuh.lok
FB: Tujuh Lok
No. Akaun Bank
Maybank : 1130 1514 3715 (Mohd Adzikri)
CIMB : 8602 1694 32 (Tujuh Lok Enterprise)

Saturday 3 January 2015

Head Gear




"Head Gear" untuk digunakan ketika latihan 'sparring' atau pertandingan silat olahraga (terutamanya kategori sekolah rendah).
Dipakai pada bahagian kepala untuk mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku.
Juga sesuai digunakan untuk seni mempertahankan diri yang lain.
Jenama SS King.

Ciri - ciri:
- Ringan dan tahan lasak
- Kemas ketika dipakai
- Mempunyai tali pengikat elastik (warna hitam)
- Diperbuat daripada bahan yang mampu menyerap daya hentakan dengan baik.
- Tidak mudah menyerap air
- Didatangkan dalam saiz S, M & L.
- Warna merah, biru dan putih.

Sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi:
017-6277146 (mohd adzikri)

Penghantaran akan dilakukan dalam masa 5 hari bekerja melalui pos laju@Gdex@skynet.

Thursday 1 January 2015

Keris Bugis Palembang koleksi peribadi







Keterangan:

(Kod item: K 509)
Keris Bugis Palembang Berpamor

Panjang Bilah                            : 14 inci
Panjang Keseluruhan                : 17 inci
Pendokok                                 : Tembaga
Sarung                                      : Kayu sena bertatah perak bali

Sedia untuk dilepaskan jika ada yang berminat.
Sesuai dibuat sebagai koleksi peribadi atau aksesori ketika majlis perkahwinan dan lain-lain majlis yang berkaitan. Boleh juga digunakan sewaktu persembahan silat.