Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Sunday 13 July 2014

Merendah diri

Yang baik hak orang,
Yang buruk hak kita.

Ungkapan ini diajarkan oleh Guru Utama PSGLM terhadap anak muridnya sewaktu tazkirah sebelum dan selepas latihan silat. Maksud ungkapan tersebut ialah segala perkara yang elok seperti bunga tari silat yang cantik, sembah silat yang hebat, ataupun keadaan gelanggang silat yang kemas, elok dan teratur adalah milik orang / pertubuhan silat lain. Sementara segala perkara yang kurang elok berkenaan silat adalah milik pertubuhan silat kami sendiri. 

Ini bagi menanam sikap sentiasa merendah diri dengan ilmu persilatan yang mereka miliki. Selain itu, ungkapan ini juga bagi mengelakkan perasaan riak dan takabur sekiranya menerima pujian oleh pengamal silat yang lain terhadap diri sendiri / pertubuhan. Sesungguhnya, sifat merendah diri tidak akan merugikan sesiapa, bahkan dapat meningkatkan darjat seseorang disisi Allah S.W.T. Hidup ini tidak lain hanyalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T., bukannya mencari pujian dan perhatian daripada sesama manusia.

Wallahua'lam.