Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Wednesday 23 July 2014

Takbir raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H / 2014M



Sebulan berpuasa dibulan Ramadhan,
Kini Syawal menjelang tiba,
Marilah bersama kita raikan,
Dengan takbir di malam raya.


Sunday 20 July 2014

Tempat letak pisau













(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: LP 05)

Tempat letak pisau 5 lubang
Harga                               : RM 70 (termasuk kos penghantaran)
Panjang                            :  30 cm
Tinggi                               :  15 cm
Lebar                               :  10 cm

Sunday 13 July 2014

Merendah diri

Yang baik hak orang,
Yang buruk hak kita.

Ungkapan ini diajarkan oleh Guru Utama PSGLM terhadap anak muridnya sewaktu tazkirah sebelum dan selepas latihan silat. Maksud ungkapan tersebut ialah segala perkara yang elok seperti bunga tari silat yang cantik, sembah silat yang hebat, ataupun keadaan gelanggang silat yang kemas, elok dan teratur adalah milik orang / pertubuhan silat lain. Sementara segala perkara yang kurang elok berkenaan silat adalah milik pertubuhan silat kami sendiri. 

Ini bagi menanam sikap sentiasa merendah diri dengan ilmu persilatan yang mereka miliki. Selain itu, ungkapan ini juga bagi mengelakkan perasaan riak dan takabur sekiranya menerima pujian oleh pengamal silat yang lain terhadap diri sendiri / pertubuhan. Sesungguhnya, sifat merendah diri tidak akan merugikan sesiapa, bahkan dapat meningkatkan darjat seseorang disisi Allah S.W.T. Hidup ini tidak lain hanyalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T., bukannya mencari pujian dan perhatian daripada sesama manusia.

Wallahua'lam. 

Tuesday 1 July 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur dengan izin dan rahmat daripada Allah s.w.t., kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu neraka. Semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan dan keteguhan iman kepada kita untuk sama-sama memaksimumkan amal ibadat sepanjang Ramadhan ini. Amin...

Disertakan jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri - Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1435H / 2014M. Sila klik pada negeri pilihan anda untuk mendapatkan waktu imsak dan berbuka tersebut.

1.   Negeri Sabah



4.   Negeri Johor












Sumber: JAKIM