Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Sunday 3 November 2013

Sembah silat

Sembah silat atau sembah perguruan merupakan salah satu bentuk pergerakan yang terdapat di dalam seni mempertahankan diri silat di mana pergerakan tersebut melambangkan identiti atau jenis sesebuah perguruan silat. Sembah silat mengandungi beberapa pergerakan tangan dan kaki  seperti mengasah, melangkah, melambai, menyiku dan sebagainya yang digabungkan menjadi suatu bentuk yang tersendiri. 

Setiap perguruan silat mempunyai bunga sembah yang tersendiri. Pergerakan ini biasanya dimainkan sewaktu permulaan latihan silat ataupun sebelum sesuatu persembahan silat dimulakan. Sembah silat yang dimainkan sebelum sesuatu persembahan/pertandingan silat dinamakan 'membuka gelanggang' dan biasanya dimainkan dalam pergerakan yang perlahan serta diiringi muzik gendang silat.

Sembah silat boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. Adalah penting untuk setiap murid menyelami dan memahami maksud di sebalik sembah silat @ sembah perguruan masing-masing kerana kebiasaannya pergerakan tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Keunikan yang terdapat dalam sembah silat setiap perguruan melambangkan ketinggian seni dalam dunia persilatan.