Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Sunday, 29 September 2013

Body Protector silat



 

 (Klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

"Body Protector" untuk kegunaan latihan silat olahraga
Jenama SS King

Saiz : S, M & L
Warna : Hitam

Sebarang tempahan / pertanyaan, sila hubungi:
017-6277146 (Mohd Adzikri)

Penghantaran akan dilakukan melalui pos laju@Gdex@skynet dalam masa 5 hari bekerja setelah pembayaran dilakukan.

Friday, 20 September 2013

Sajak pembakar semangat

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna kita datang,
Kalau tidak sesungguh hati.

Sajak dan silat adalah sesuatu yang sinonim.
Pertama kali saya mendengar sajak di atas adalah sekitar 2 tahun yang lalu sewaktu mengikuti latihan silat di bawah Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM) bertempat di Kampung Mat Kilau, Jerantut, Pahang.
Bagi yang faham, sajak tersebut cukup hebat untuk membakar semangat anak-anak gayung yang datang ke gelanggang supaya menjalani latihan silat dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan itu tangga kejayaan.
Malangnya, kebanyakan anak-anak muda melayu yang datang bersilat hari ini dengan semangat yang lesu. Datang lewat. Pesan guru tidak diendahkan. Pakaian pula tidak mengikut peraturan gelanggang.
Kemewahan hidup hari ini telah banyak merubah cara hidup mereka. Ilmu persilatan semakin ditinggalkan dan diganti dengan seni mempertahankan diri bangsa lain yang mereka anggap lebih mengikut peredaran zaman.



Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat.

SELAMAT HARI RAYA!!

Sunday, 4 August 2013

Produk Koperasi


KOPERASI GAMAPETRA PAHANG BERHAD














Dimaklumkan bahawa 7 Lok telah bernaung di bawah Koperasi Pengamal Perubatan Tradisional Gayung Laksamana (GAMAPETRA) Pahang Berhad (C-4-0682).

Koperasi ini adalah gabungan daripada dua badan iaitu Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional Pahang (PETRA) dan Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM). Koperasi ini telah didaftarkan pada 15 November 2011 dengan ahli seramai 50 orang.

Koperasi mengalu-alukan ahli-ahli pertubuhan seni gayung laksamana malaysia dan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan tradisional di negeri pahang untuk menjadi ahli koperasi bagi merealisasikan matlamat koperasi untuk menjadi pusat rawatan tradisional di samping dapat mengembangkan lagi perniagaan koperasi.  

Pusat rawatan koperasi beralamat di:
Pusat Rawatan Sri Laksamana,
No. 26, 
Jalan Besar, 
Bandar Lama, 
27000 Jerantut, 
Pahang Darul Makmur. 

 Pusat rawatan ini memiliki 2 bilik untuk urutan / rawatan, ruang niaga dan ruang mesyuarat.

Berikut adalah Perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi:
 1. Persembahan kenduri kahwin (En. Alias: 019-9170199)
     a. Kompang RM 300/team (sekitar jerantut sahaja)
     b. Persembahan silat untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi RM 100/pasang (Jerantut &        Temerloh)
     c. Gendang silat RM 500/team (Jerantut & Temerloh)

2. Rawatan Tradisional (Tabib Hj. Zakaria: 019-9049837 / Engku azmi: 013-3035037)
    a. Ubat - ubatan dan rawatan tradisional seperti penyakit buasir, darah tinggi, urutan badan dan sebagainya.
    b. Bekam basah / kering (RM 5/cup)
    c. Tenaga batin / masalah berkaitan alam ghaib seperti terkena sihir, saka, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

3. Alatan persilatan (Mohd Adzikri: 016-2633023)
    a. Keris 
    b. Uniform silat hitam (RM 70/pasang)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi:
Persembahan silat : 019-9170199 (En Alias)
Rawatan Tradisional : 019-9049837 (Tabib Hj. Zakaria)
Bekam : 011-32132977 (Engku Azmi)
Alatan persilatan : 016-2633023 (En. Mohd Adzikri)



    

Friday, 19 July 2013

Keris 7 Lok Berpamor


SUDAH DIJUAL












Keterangan:

(Kod item: K706)
Keris 7 Lok Berpamor
Buatan Tukang Terengganu 
Panjang Bilah                            : 28 cm 
Panjang Keseluruhan                 : 37 cm
Tarikh Jual                                 : 24 Mac 2015
Pelanggan                                  : Jerantut, Pahang
Jenis Hulu                                  : Jawa Demam
Besi                                           : Campuran beberapa jenis besi seperti paku, ladam, rantai, dll.

Tuesday, 2 July 2013

Home

Entry terbaru


Untuk makluman semua pelanggan, blog 7 lok kini telah menambah entry terbaru iaitu "pisau" menggantikan entry "3 lok".

 Sekian

Selamat membeli

Thursday, 7 February 2013

7 lok kini di facebook

kepada rakan-rakan blog, selain daripada blog ini, saya juga ada mewujudkan page facebook untuk Tujuh Lok. sila layari http://www.facebook.com/tujuh.lok.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan pelanggan yang telah banyak memberi sokongan kepada saya.