Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Friday 16 September 2016

Buat yang disuruh....

Salah satu falsafah silat yang saya pelajari ketika berguru dengan Pendekar Tabib Hj. Zakaria Hj. Uteh (Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia) di Jerantut, Pahang ialah:

"Buat yang disuruh,
Tinggal yang ditegah".

Apa-apa yang disuruh oleh agama (islam), kita buat. Apa-apa yang ditegah oleh agama, kita tinggalkan. Tidak perlu banyak bertanya atau beralasan untuk membuat atau meninggalkan kerana kadang-kadang akal manusia tidak sampai untuk memikirkan hikmah dan kesan disebalik suruhan dan larangan dalam agama.

Begitu juga halnya dengan bidang persilatan. Selagi mana suruhan dan tegahan oleh guru silat tidak bercanggah dengan agama islam hendaklah dipatuhi tanpa banyak persoalan. Itulah adab orang berguru.

Sesungguhnya guru-guru silat ini banyak petuanya. Mereka telah sekian lama berkecimpung dalam bidang silat. Pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuhi sebelum mereka bergelar guru utama sesebuah pertubuhan. Maka, amat wajarlah bagi penuntut ilmu silat untuk menuruti suruhan dan larangan yang diberi oleh guru tersebut demi kebaikan diri pesilat dan pertubuhan silat amnya.
 
Wallahu'alam..