Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Wednesday 17 September 2014

PSGLM: Latihan mingguan di gelanggang Kg. Mat Kilau, Jerantut

Gelanggang PSGLM Kg. Mat Kilau, Jerantut merupakan gelanggang utama bagi Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM). Di gelanggang ini, pengambilan ahli baru diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada setiap awal tahun dan pertengahan tahun. Jumlah pelatih yang akan diambil untuk setiap sesi sekitar 20 - 30 orang. Tempoh latihan untuk setiap sesi pengambilan ialah selama 4 bulan. Pada minggu terakhir latihan, pelatih akan menjalani ujian bagi menentukan tahap kemahiran dan kefahaman masing-masing. 
Anak gayung mendengar tazkirah
guru sebelum memulakan latihan
Latihan untuk pelajar baru diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Manakala latihan untuk pelajar lama diadakan pada hari Rabu waktu yang sama. Latihan di gelanggang tidak dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. 
Pentas yang menempatkan guru dan pelawat

Pakaian semasa latihan ialah dengan memakai pakaian hitam beserta logo PSSGLM atau t-shirt PSGLM, bengkung, seluar silat/sukan berwarna hitam dan tanjak (lelaki sahaja). 

Sebelum latihan dimulakan, doa buka gelanggang akan dibaca terlebih dahulu. Kemudian, tazkirah selama setengah jam disampaikan oleh YM Pak Guru atau Gurulatih. Latihan kemudiannya diteruskan dengan aktiviti pemanasan badan, Sembah Perguruan, Gerak Asas 1 hingga 13, Sembah Tunggal Wajib, Pertahanan dan Permainan. Dua orang Gurulatih akan mengetuai latihan tersebut, manakala gurulatih lain akan membantu memperbetulkan gerakan yang dilakukan oleh pelatih.

Setengah jam terakhir, YM Pak Guru atau Gurulatih sekali lagi akan menyampaikan tazkirah. Selesai tazkirah, doa tutup gelanggang dibaca. Sebelum pulang, pelatih akan bersalaman terlebih dahulu. 

Sekian, wassalam.

Friday 12 September 2014

Pisau 7 inci (sold)

Sudah Dijual











Keterangan:

(Kod item: P 10)
 
Panjang Bilah                  : 7 inci
Panjang Keseluruhan      : 12 inci
Besi                                 : Paku keretapi
Jenis pertukangan kayu   : Sarung kayu tebuk

Ciri - ciri menarik:
- Sarung yang kemas
- Hulu yang selesa dipegang
- Bentuk yang menarik dengan sentuhan kraftangan tradisional melayu
- Tukang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kraftangan kayu

Tuesday 9 September 2014

keris gelanggang 7 lok

SUDAH DIJUAL













(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: K707)
Keris Gelanggang
Buatan Tukang Terengganu 
Panjang Bilah                            : 10.5 inci
Panjang Keseluruhan                : 14 inci
Tarikh Jual                                : 09 Mac 2015
Pelanggan                                 : Masjid Tanah, Melaka

____________________________________________________________________
SUDAH DIJUAL












(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: K708)
Keris Gelanggang
Buatan Tukang Terengganu 
Panjang Bilah                            : 10.5 inci
Panjang Keseluruhan                : 14 inci
Tarikh Jual                                : 25 Nov 2014

Pelanggan                                 : Bangsar, KL

____________________________________________________________________
SUDAH DIJUAL

 

 









(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: K709)
Keris Gelanggang
Buatan Tukang Terengganu 
Panjang Bilah                            : 10 inci
Panjang Keseluruhan                : 14 inci
Tarikh Jual                                : 08 Mac 2015
Pelanggan                                 : Kudat, Sabah

Monday 8 September 2014

Keris Jawa Berpamor





(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)
Sudah Dijual
Keterangan:

(Kod item: K903)
Keris Jawa 9 Lok Berpamor
Panjang Bilah                            : 13 inci
Panjang Keseluruhan                : 17 inci

Tuesday 2 September 2014

Hand Kicking Target




Keterangan :

"Hand Kicking Target", juga dikenali sebagai "kicking paddle" untuk kegunaan latihan silat dan seni mempertahankan diri yang lain. 
Sesuai digunakan untuk latihan ketepatan dan kepantasan serangan (kaki dan tangan).
Jenama SS King

Ciri - ciri:
- Ringan dan tahan lasak
- Permukaan yang lembut
- Tidak menyerap air
- Mempunyai tali pemegang di bahagian belakang
- Warna yang menarik


Sebarang tempahan / pertanyaan, sila hubungi:
017-6277146 (Mohd Adzikri)

Penghantaran akan dilakukan melalui pos laju.
Harga boleh dirunding untuk kuantiti yang banyak. 
Warna barangan yang dijual mungkin berbeza bergantung kepada stok yang ada.