Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Thursday 29 May 2014

Pantun 4 kerat

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna kita datang,
Kalau tidak sesungguh hati.

Dipetik daripada ucapan Guru Utama PSGLM, Pendekar Tabib Hj. Zakaria Hj. Uteh sewaktu latihan mingguan PSGLM bertempat di Kg. Mat Kilau, Jerantut, Pahang. 

Beliau seringkali menggunakan pantun dan sajak bagi membakar semangat anak-anak gayung dalam sewaktu mempelajari ilmu persilatan. Maksud yang tersirat di sebalik pantun dan sajak cukup bermakna bagi mereka yang memahami. 

Begitulah indahnya dunia persilatan dimana terdapat pelbagai unsur seni budaya melayu di dalamnya seperti pantun dan sajak yang tidak terdapat dalam seni beladiri yang lain. Guru-guru silat sudah ramai yang pergi. Tidak kurang juga yang pergi bernesankan bangsal silat yang ditubuhkannya kerana tiada pengganti. Tiadalah lagi orang yang akan mempertahankan seni budaya tersebut melainkan orang melayu itu sendiri. Maka amatlah wajar untuk bangsa melayu itu mempertahankan akan warisan bangsanya yang semakin layu ini. 

Sekian.

Monday 26 May 2014

Tempat letak keris













(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: LK 04)

Tempat letak keris 4 lubang
Harga                               : RM 65 (termasuk kos penghantaran)
Panjang                            : 30 cm
Tinggi                               : 16 cm
Lebar                               : 10 cm

Sunday 25 May 2014

Pisau 9"












(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

(Kod item: P 09)
 
Harga                               : RM 130 (termasuk kos penghantaran)
Panjang Bilah                  : 9 inci
Panjang Keseluruhan      : 13 inci
Besi                                 : Paku keretapi
Jenis pertukangan kayu   : Sarung kayu tebuk
Kayu                              : Cempedak

Ciri - ciri menarik :
- Sarung yang kemas
- Hulu yang selesa dipegang
- Bentuk yang menarik dengan sentuhan kraftangan tradisional melayu
- Tukang sarung berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kraftangan kayu

Kegunaan : 
Sesuai digunakan untuk kerja-kerja menyiang daging sewaktu majlis gotong-royong kenduri, hari raya korban dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.
Juga sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah.

Langkah keselamatan dan penjagaan :
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Gunakan dengan berhati-hati. Ketajaman mata pisau boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.
Gunakan batu pengasah yang sesuai untuk menajamkan mata pisau.
Elakkan menyimpan pisau di tempat yang bersuhu panas contohnya di dalam kereta, untuk tempoh yang lama kerana boleh menyebabkan kerosakan terhadap kayu.
Pastikan mata pisau dalam keadaan bersih dan kering sebelum disimpan bagi mengelakkan karat terhadap mata pisau.

"Tujuh Lok" tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau kecederaan yang berlaku akibat daripada penyalahgunaan pisau ini.

Thursday 22 May 2014

Wudhu'

Guruku pernah berpesan:

"Sentiasalah memperbaharui wudhu' @ air sembahyang kerana padanya terdapat banyak kebaikan. Amalan bagi seorang pesilat ialah sekurang-kurangnya mengambil wudhu' terlebih dahulu sebelum keluar daripada rumah. Orang yang sentiasa ada air sembahyang, mukanya akan kelihatan jernih. Hati akan berasa tenang dan lapang. Dengan berkat air sembahyang, insya'Allah dapat mengelakkan diri daripada musibah yang bakal menimpa."


Wallahua'lam.

Tuesday 20 May 2014

Pantun silat orang pahang

Pasir tambang Kuala Tembeling,
Nampak dari Bukit Ketupat,
Hatiku bimbang bertambah rungsing,
Kalau malam tidak bersilat.

Sumber: Pendekar Tabib Hj. Zakaria Bin Hj. Uteh AMP.; PKC.
              Guru Utama
              Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia