Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Thursday, 25 December 2014

Silat di Cape Town


Saya baru sahaja menerima kiriman gambar daripada seorang rakan yang kini berada di Cape Town selama beberapa minggu kerana mengajar seni persilatan kepada masyarakat sana. Difahamkan beliau pergi melalui Persatuan Seni Silat Pukulan Melaka yang telah membuka cawangan di sana.
 

Pencak silat sudah mula memikat hati masyarakat negara luar untuk mendalaminya. Sebelum ini pernah juga terdengar cerita tentang orang Malaysia pergi mengajar silat di negara luar, tetapi maklumat lanjut tentang perkara itu tidak sampai ke pengetahuan penulis.




 Tidak dinafikan, masyarakat dunia sudah ramai yang menceburi bidang persilatan. Badan silat dunia juga telah diwujudkan dikenali sebagai PERSILAT selain penganjuran Kejohanan Silat Dunia. Pernah juga beberapa kali menonton video Kejohanan Silat Dunia yang disertai oleh masyarakat pelbagai negara. Malahan, masyarakat eropah juga pernah menjadi Juara Dunia Kejohanan Silat.



Masyarakat di Malaysia terutamanya melayu sepatutnya malu dengan minat yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia terhadap silat. Silat adalah harta orang melayu! Sepatutnya kita berlumba-lumba mempelajarinya. Jangan sampai suatu hari mereka berkulit putih dan beramput perang lebih mahir membuka langkah silat dan bunga tari berbanding kita orang melayu.


Wassalam.