Keterangan :
(Kod item: P 13)
Panjang Keseluruhan : 12 1/2 inci
Besi : Spring
Kayu : Sepetir
Jenis pertukangan kayu : Sarung kayu tebuk berukir
Bahan lain : Tanduk kerbau (warna hitam)
pada bahagian temin, kasut dan antara sampir dengan sarung.
Kegunaan :
Sesuai digunakan untuk kerja-kerja melapah dan menyiang daging sewaktu majlis gotong-royong kenduri, hari raya korban dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.
Juga sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah.
Langkah keselamatan dan penjagaan :
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Gunakan dengan berhati-hati. Ketajaman mata pisau boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.
Gunakan batu pengasah yang sesuai untuk menajamkan mata pisau.
Elakkan menyimpan pisau di tempat yang bersuhu panas contohnya di dalam kereta, untuk tempoh yang lama kerana boleh menyebabkan kerosakan terhadap kayu.
Pastikan mata pisau dalam keadaan bersih dan kering sebelum disimpan bagi mengelakkan karat terhadap mata pisau.
"Tujuh Lok" tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau kecederaan yang berlaku akibat daripada penyalahgunaan pisau ini.