Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Thursday, 29 May 2014

Pantun 4 kerat

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna kita datang,
Kalau tidak sesungguh hati.

Dipetik daripada ucapan Guru Utama PSGLM, Pendekar Tabib Hj. Zakaria Hj. Uteh sewaktu latihan mingguan PSGLM bertempat di Kg. Mat Kilau, Jerantut, Pahang. 

Beliau seringkali menggunakan pantun dan sajak bagi membakar semangat anak-anak gayung dalam sewaktu mempelajari ilmu persilatan. Maksud yang tersirat di sebalik pantun dan sajak cukup bermakna bagi mereka yang memahami. 

Begitulah indahnya dunia persilatan dimana terdapat pelbagai unsur seni budaya melayu di dalamnya seperti pantun dan sajak yang tidak terdapat dalam seni beladiri yang lain. Guru-guru silat sudah ramai yang pergi. Tidak kurang juga yang pergi bernesankan bangsal silat yang ditubuhkannya kerana tiada pengganti. Tiadalah lagi orang yang akan mempertahankan seni budaya tersebut melainkan orang melayu itu sendiri. Maka amatlah wajar untuk bangsa melayu itu mempertahankan akan warisan bangsanya yang semakin layu ini. 

Sekian.