Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Monday, 9 December 2013

Biar sikit...

Biar sikit ada rasa, daripada banyak membazir saja.

Erti daripada ungkapan tersebut mengikut apa yang saya fahami melalui falsafah persilatan ialah setiap ilmu yang diajar oleh guru walaupun sepatah kata, hendaklah diamalkan secara berterusan dan penuh yakin supaya ilmu tersebut dapat mendatangkan kesan yang baik kepada kita.

Sebaliknya sekiranya kita hanya mempelajari sesuatu ilmu tanpa mengamalkan ataupun menghafalnya, walaupun ilmu yang kita pelajari itu banyak, maka ilmu tersebut tidak akan dapat memberi sebarang kesan kepada diri kita. Inilah yang disebut sebagai pembaziran dalam menuntut ilmu.

Guru-guru silat cukup susah untuk menurunkan ilmu silat kepada muridnya bukan kerana mereka kedekut ilmu, jauh sekali ilmu mereka cetek, tetapi kerana mereka tidak sanggup melihat ilmu yang diajarkan olehnya dibazirkan begitu sahaja. Mereka mengajar dengan ikhlas hati. Oleh itu, mereka mengharapkan kesan daripada ilmu yang mereka ajar kepada muridnya, bukannya sebanyak mana ilmu yang telah mereka ajar.

Semoga kita menghargai setiap ilmu yang telah diberikan oleh guru dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh semoga ilmu tersebut akan mendatangkan manfaat kepada kita. Insya'Allah...