Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Monday, 31 March 2014

Cenderahati Keris C01 (Kehabisan Stok)













(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

(Kod item: C 01)
 
Panjang                            :  8 inci
Lebar                               :  4 inci
Tinggi                              :  6 inci

*Makluman :
Cenderahati Keris Kod C01 tidak lagi dijual kerana sudah kehabisan stok. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembeli yang selama ini telah menyokong produk kraftangan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. 
Atas permintaan ramai, kami telah mengeluarkan produk cenderahati keris yang baru dengan kod C02 bagi menggantikan produk yang lama (sila lihat post 'Cenderahati Keris Tukang Terengganu). Produk terbaru ini menggunakan tapak kayu yang lebih cantik dan kelihatan mewah dengan keris berwarna keemasan. Semoga produk terbaru ini dapat memenuhi permintaan peminat cenderahati keris di malaysia. 

Sila Hubungi Kami untuk sebarang tempahan / pertanyaan. 

Sekian.

Tuesday, 25 March 2014

Pisau Kegunaan Peribadi



(klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan :

Panjang Bilah                            : 9 inci
Panjang Keseluruhan                :13 inci
Besi                                         : Paku Keretapi
Temin                                       : Tembaga
Kayu                                        : Campur

Ciri - ciri menarik :
- Sarung yang kemas
- Hulu yang selesa dipegang
- Bentuk yang menarik dengan sentuhan kraftangan tradisional melayu
- Tukang sarung berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kraftangan kayu

Kegunaan : 
Sesuai digunakan untuk kerja-kerja menyiang daging sewaktu majlis gotong-royong kenduri, hari raya korban dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.
Juga sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah.

Langkah keselamatan dan penjagaan :
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Gunakan dengan berhati-hati. Ketajaman mata pisau boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.
Gunakan batu pengasah yang sesuai untuk menajamkan mata pisau.
Elakkan menyimpan pisau di tempat yang bersuhu panas contohnya di dalam kereta, untuk tempoh yang lama kerana boleh menyebabkan kerosakan terhadap kayu.
Pastikan mata pisau dalam keadaan bersih dan kering sebelum disimpan bagi mengelakkan karat terhadap mata pisau.

"Tujuh Lok" tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau kecederaan yang berlaku akibat daripada penyalahgunaan pisau ini.

* Dijadikan sebagai kegunaan peribadi kerana terdapat sedikit keretakan pada mata pisau (lihat gambar). Walaubagaimanapun, jika ada yang berminat untuk memilikinya, sedia untuk dilepaskan pada harga yang berpatutan.