Selamat datang ke blog 7 Lok. Menjual barangan silat, barangan seni mempertahankan diri, cenderahati, pisau dan keris Melayu.
Terdapat juga informasi tentang silat berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia persilatan.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi penulis di talian 017-6277146

Semoga saudara/saudari gembira berada di sini.:-)

Sunday, 29 September 2013

Body Protector silat



 

 (Klik gambar di atas untuk lihat dengan lebih jelas)

Keterangan:

"Body Protector" untuk kegunaan latihan silat olahraga
Jenama SS King

Saiz : S, M & L
Warna : Hitam

Sebarang tempahan / pertanyaan, sila hubungi:
017-6277146 (Mohd Adzikri)

Penghantaran akan dilakukan melalui pos laju@Gdex@skynet dalam masa 5 hari bekerja setelah pembayaran dilakukan.

Friday, 20 September 2013

Sajak pembakar semangat

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna kita datang,
Kalau tidak sesungguh hati.

Sajak dan silat adalah sesuatu yang sinonim.
Pertama kali saya mendengar sajak di atas adalah sekitar 2 tahun yang lalu sewaktu mengikuti latihan silat di bawah Pertubuhan Seni Gayung Laksamana Malaysia (PSGLM) bertempat di Kampung Mat Kilau, Jerantut, Pahang.
Bagi yang faham, sajak tersebut cukup hebat untuk membakar semangat anak-anak gayung yang datang ke gelanggang supaya menjalani latihan silat dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan itu tangga kejayaan.
Malangnya, kebanyakan anak-anak muda melayu yang datang bersilat hari ini dengan semangat yang lesu. Datang lewat. Pesan guru tidak diendahkan. Pakaian pula tidak mengikut peraturan gelanggang.
Kemewahan hidup hari ini telah banyak merubah cara hidup mereka. Ilmu persilatan semakin ditinggalkan dan diganti dengan seni mempertahankan diri bangsa lain yang mereka anggap lebih mengikut peredaran zaman.